Thursday, August 27, 2009

Ujian & Balasan

Salam

Sempena bulan Ramadhan ni. Aku ada citer skit tentang ujian dan balasan dari Allah. Masa aku belajar dulu, Ustaz aku penah cakap Allah akan menguji org2 yang beriman, in simple words..org baik, lagi baik org tu, lagi besar la ujian yg akan diterima.

Selalu dengar orang merungut... "kenapa aku? Lepas satu... satu masalah yg dtg." Kita patut bersyukur kerana sebenarnya Allah sayangkan kita. Apabila kita sabar, kita akan dapat pahala. Kalau kita dianiaya, InsyaAllah doa kita akan termakbul. Ada hikmah di sebalik segalanya.

Allah berikan ujian atau musibah pada diri kita, mungkin kerana kita ada lakukan kesalahan walaupun tdk sengaja. Ini bermakna Allah berikan balasan serta merta kpd kita, supaya kita sedar dan menyesali akan kesalahan kita tu. Adalah lebih baik menerima balasan dari Allah ketika di dunia daripada di Akhirat. Supaya kita sempat bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wallahualam.

No comments: