Tuesday, October 20, 2009

Born on the 27th

You have an attractive and vibrant personality. You are a social animal and like to party. You make new friends very easily. You are known for your good sense of humor. At times, you are very obstinate. You can forgive but you not forget easily. In your love life, you tend to be choosy in your search for the perfect partner.


SHY: Hmmmmm.... No Wonder

Friday, October 16, 2009

The climb - miley cyrus

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Wednesday, October 7, 2009

Hensem kena langgar

Aku balik keje arini. Keta aku, "hensem" kena langgar dgn kancil! Mamat afrika ke jamaika ke x pasti la, student. Dia nak salahkan aku pulak tu. Dia kata aku salah sebab tak nampak signal dia???!

Aku jalan terus, lampu hijau kan... laju je la. Dia dari kiri, masa tu memg keta lane kiri tu slow, ada bas & teksi benti. Dia dr simpang kiri, masuk lane kiri pastu terus nak masuk lane kanan, bg signal assume org nampak dia punya signal tu & bagi jalan kt dia. Kot ye pun bg lampu signal kena gak la tengok ada keta ke tak dulu baru masuk. (And they put the blame on women driver).

Keta aku terasa le mcm bouncing (sib baik badan hensem kuat). Aku panik + bengang terus bg signal kiri nak masuk stesyen minyak, tiba2 teksi plak marah aku. Eh pakcik ni pun, dia yg td benti tepi jalan tu, dia punya pasal jugak la mamat kancil tu tadi kabut nak masuk kanan.

"Hensem" tinggi, mana la nak nampak signal kancil tu. Lagipun memang jalan aku la, terus jer.. tak de keta lain depan aku pun.

Yang aku geram mamat tu x nak plak ngaku salah. Aku ajak dia gi repot polis, dia x nak. Tapi aku ingat esok pg nak gi repot gak la. Mcm mana pun esok aku tentukan, ada masa 24jam utk aku buat repot.

Ada la mamat bengkel kat stesyen minyak tu dtg tlg aku. Yelah, org pompuan dgn mamat foreigner plak kan. Tapi mamat bengkel tu x bape reti speaking. Sib baik aku leh control bincang dgn mamat kancil tu. No fon & no plate keta dia dah amik.

Aku tepon partner aku & dengar ckp dia. Dia tak marah la kali ni. Mula2 dia x yakin yg "hensem" tak kena teruk. Sbb aku ni fail bab2 mengenalpasti tahap kecederaan kereta. Jadi aku pas tepon kat mamat bengkel tu. Body scratch je, boleh polish, tapi ream tayar ler cedera teruk skit. Partner nak aku amik gambar & mms kat dia.

Ada buruk & baiknya hensem kena langgar arini....

Sampai dpn rumah aku, baru le aku amik gambar ream tayar. Anak2 buah aku cam biasa, kuar & sambut aku balik. Lepas amik gambar, anak buah aku ckp, nape keta berasap? Hah? mana? Aku pun tengok, spotlight kanan keta aku berasap ada bau terbakar. Aku off lampu. Tengok, bukan bulb lampu yg terbakar tp casing yg terbakar. Ya Allah, dah dekat 3 minggu aku tukar bulb lampu tu, aku baru perasan. casing Lampu belah kiri pn terbakar skit. Esok aku kena gi balik kedai aksesori tu. Masa ganti bulb lampu tu, dia guna bulb model keta lain tapi sama jenama. Dia kata sama saiz. Aku mana le tahu. Aku pegi kat kedai aksesori khas utk jenama keta aku bukannya keta aksesori biasa, patutnya dia tahu la kan.

Malam ini aku sedikit sedih & kecewa di atas apa yg berlaku. Aku hanya boleh bercerita di sini malam ini. Tidur dan mengharapkan supaya aku dapat selesaikan semua esok dengan sebaik mungkin.

Kesian hensem... cedera.

Monday, September 14, 2009

Hati sakit lagi... Tapi dah terbiasa

Sakit hati + sedih bila kita selama ini, ikhlas bantu kawan2 tanpa membaritahu mereka. Tetapi akibatnya kawan kita tu tidak menghargainya + mempergunakan kita. Ada pulak yang berbangga2 dengan orang lain (yang sebenarnnya musuh mereka @ musuh kita @ kawan kita) tentang kita yang sentiasa membantu mereka.

Sedih, kerana apabila kita telah menganggap mereka sebagai kawan tetapi mereka berpaling tadah. Mereka tidak menyedari bahawa kita ini sebenarnya kawan.

Dalam usia dan era ini, perlukah aku nak cakap... "Aku ni kawan kau" ??!! Well manusia mudah lupa. Memang kita kena cakap selalu. Tapi bila kita cakap, kawan kita tu tidak menghargainya dengan melakukan kesalahan tanpa sedar atau sengaja. Yang sakit hati sape? kita jugak....

Aku sakit hati lagi...Tapi aku dah terbiasa. Cuma pesanan aku kepada mereka... Jangan salahkan aku kalau mereka sakit hati nanti. "Sory aku tak sengaja..."

Thursday, August 27, 2009

Ujian & Balasan

Salam

Sempena bulan Ramadhan ni. Aku ada citer skit tentang ujian dan balasan dari Allah. Masa aku belajar dulu, Ustaz aku penah cakap Allah akan menguji org2 yang beriman, in simple words..org baik, lagi baik org tu, lagi besar la ujian yg akan diterima.

Selalu dengar orang merungut... "kenapa aku? Lepas satu... satu masalah yg dtg." Kita patut bersyukur kerana sebenarnya Allah sayangkan kita. Apabila kita sabar, kita akan dapat pahala. Kalau kita dianiaya, InsyaAllah doa kita akan termakbul. Ada hikmah di sebalik segalanya.

Allah berikan ujian atau musibah pada diri kita, mungkin kerana kita ada lakukan kesalahan walaupun tdk sengaja. Ini bermakna Allah berikan balasan serta merta kpd kita, supaya kita sedar dan menyesali akan kesalahan kita tu. Adalah lebih baik menerima balasan dari Allah ketika di dunia daripada di Akhirat. Supaya kita sempat bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wallahualam.

Tuesday, August 25, 2009

25th August 2009

Leo,
In Love, you'll go through a complicated phase with your partner and you won't be able to find perfect understanding because of your stubbornness. At work, you'll know how to deal with your tasks with great energy and you'll try to make the best of your creativity.

Shy:
Because of my stubbornness??! memang sampai bila pun aku tak paham dia, sbb dia pun tak paham aku. Memang aku degil pun. But we decided to stick to each other. Love him for that :)

I am trying to make the best of my creativity. Doing someone's else report without having complete info is impossible. But i'll make it possible.

Thursday, August 20, 2009

Ikut suka kau je !

Aku cukup pantang kalau orang cakap berbelit. Lama2 dia terbelit diri sendiri baru tahu.

Aku cukup pantang kalau orang pergunakan nama orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Sungguh tak de maruah orang itu.

Aku cukup pantang dengan orang bercakap tak serupa bikin. Cakap je pandai, dia suruh orang lain buat, dia sendiri tak buat.

Aku cukup pantang dengan orang yang tidak menepati janji. Lepas tu mulalah mengelak dari kita dan tak berani bertentang mata.

Malam tadi aku berhadapan dengan orang2 ini.

Ikutkan hati, nak aje aku sound depan orang ramai. Tapi aku mengambil keputusan untuk bersikap profesional dan menahan diri. Aku lepaskan dia buat kali ini. Tapi jangan sampai berulang lagi...

Monday, August 10, 2009

10th August 2009

Leo,
The Stars suggest some unfriendliness towards your lover right now, as this could provoke a negative reaction. On the work front, you'll appear intolerant when carrying out your duties.

Shy: And they suggest me to avoid all forms of aggression.....???
Well have to agreed with them... for the sake of My Love. Better keep quiet the whole day. Wont' argue anything with 'him'..
And to my workers...BEWARE. No wonder this morning i feel like wanna scold someone.

Wednesday, July 1, 2009

17hb Jun 2009 di Pantai Port Dickson

16hb hingga 18hb Jun 2009, aku keje outstation kat sini. Hari-hari tidur lewat tapi tak settle gak keje. Masuk hari kedua je aku sempat kuar dari tempat keje tu nak gi tengok matahari terbenam. Aku tak bawak keta. Tak de ke mana la... buat keje, makan dan tidur di Resort tu je.



Friday, June 12, 2009

Isolate myself...

Horoscope for Friday, June 12th:

Leo,
You'll feel the need to look for (and deal with) the reason for your dissatisfaction and will tend to isolate yourself from the rest of the world. At work, don't give the impression you are dissatisfied. In Love, you won't get involved in your partner's initiatives and will make excuses in order not to hurt him or her.


Hmmm.. I kind a like my today's horoscope. Cause lately I really do love to isolate myself from everyone. In love, i am making excuses not to talk so much with him, so i don't have to argue with him on everything..

Wednesday, June 10, 2009

Gudnite

Aku skrg byk keje. Blk rumh dah penat.

SO this time I just wanna say GOODNITE..

Monday, June 8, 2009

Rahsia huruf pertama nama anda

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Monday, June 1, 2009

Silap skit je nih..

Aku kat ofis nih..

Tengah sedih nih..

Aku ada tersilap buat keje skit nih..

Tak tahu nak btulkan camne nih..

Friday, May 29, 2009

Aku tak tahu dah nak citer kat sape ni..

Aku sedih hari ni... Tak tahu naper.. Lately aku marah2 jer. Aku ni elok jadi BOSS besar la. Pas tu duk rumah sorg2. Suka hati je nak buat apa pun..
Ha Ha HA . suka hati.

Eh aku tak citer pun pasal jamming hari tu yer? Ha.. temper aku masa to cool jer. Nyanyi tenggelam timbul. Walaupn dgn famili, tapi masih ada malu2 skit. Shy kan. Mula2 aku tak cukup lontarkan suara. Pas tu baru ok skit.

Tiba2 diorg nak practice lagu sweet child of mine la pulak. Rangkap pertama je aku reti nyanyi.. pas tu x tahu dah. Kali ni practice 2 jam jer. Masing2 cool jer, tak le nampk sgt kesungguhan. Tapi kira ok lah. Semua dah practice sendiri2 kt rumh. Dah ada le aktiviti diorg kt rumah.

Aku ni je.. yg makin byk aktiviti yg aku buat sekrg. Ni dah pening sbb byk sgt. Masa hari yg aku ada IRON WILL tu .. rasa boleh jer buat semua. tapi masa ada WILL je IRON dah ilang.. tu yg jadi lemah skit.

IRON aku sebenarnya .. people around me, my family, friends, BF1, Ex-BF2 and U. Kalau org sekeliling aku ni tiba2 tak sokong atau tak hargai apa aku buat.. tu le yg buat aku patah semangat..

Ops masa rehat dah TAMAT. Have to work work work.

Saturday, May 23, 2009

Do you know? how to make them grow big?










You can sell their food in small quantity for like RM1.00. Then people will buy them to feed your fish...

Tuesday, May 12, 2009

Iron will - I wish i have it everyday

Tuesday, May 12th:

Leo,
You'll have an iron will and be able to get things your way. At work, you'll get on with things effortlessly. In Love, you'll be uncompromising and you'll get your way.

Hari ni, aku nekad nak settlekan something yg aku plan nak buat sejak tahun lepas. Pending lama... sbb ada byk masalah berbangkit. Now i wanna make it happen!

Friday, May 1, 2009

Labour Day

Hola...

HappY laBouR daY.. ! Tadi aku dgr radio. U all tahu ke nape hari ni jadi Hari Buruh?
Haaa asalnya dari US la.. dalam tahun 1980an dulu ada berlaku mogok. Mereka tuntut utk bekerja 1 hari 8 jam. Ada satu pergerakan yang berkempen tentang 8jam sehari "eight-hour day movement" ... mereka membawa saranan "8jam bekerja, 8jam rekreasi, 8jam berehat"

Untuk aku.. 12jam bekerja, 3jam main game, 3jam blogging, 2jam mkn2/minum, 6jam tidur....

He he.. Tengah bosan la ni. Tak ke mana. Aku dtg ofis gak. Nak buat keje skit. Tapi, layan blog kejap.

Hari ni birthday abg aku. Best r dia... asal birthday dia je. Semua org cuti.

Saturday, April 25, 2009

LET HIM GO

Aku dan BF2 nak jadi kawan jer..
Ok ker? Boleh ke? Kenalah kan? Mana boleh ada dua BF.
Sebenarnya memang lah decided to let him go. Long time ago...
But.. cakap jer. Blum boleh lepas lagi.

Well if i wanna be ok. I HAVE TO TRUELY DEEPLY.. LET HIM GO..

25th April 2009

Leo,
You'll feel stress which has accumulated in this last phase and will want to take a long trip. At work, you'll not feel like dealing with new problems. In Love, you'll be on the same wavelength as your beloved.


SHY: memang rasa nak gi jalan2 jauh2 rehat...

Monday, April 20, 2009

Monday, April 20th:

Leo,
Some disagreements with a family member are likely. At work, you'll have to pay attention to provocation. In Love, you'll have a great analytical capacity and strong intuition.

Sunday, April 19, 2009

Jamming Part II

Semalam... jamming..

Not so good. Aku sakit kepala... tapi layan je..
... Tempat ok. Service ok. Tapi bilik kecik sangat. Bertambah2 sakit kepala aku.
Third practice, maybe tempat sama. Tapi nak sewa bilik besar sikit.

Saturday, April 18, 2009

I AM NOT OK

SO NOT OK!

aku tak sepatutnya sedih & marah

Aku ada citer tak best hari ni. Tentang BF2

Kali ni aku terpaksa gak post kat sini. Nak ngadu kat youthsays, dari tadi aku nak masuk web dia tak dapat plak.

Hari ni aku dapat tahu dia tengah tackle sorg awek ni. Yg tak bestnya bukan dia sendiri bgtahu. tapi dengan cara tak sengaja aku dapat tahu. Sedangkan aku penah pesan klu dia ada suka kat mana2 girl, bgtahu la. Aku tahu, memg lelaki takkan citer benda2 ni kan? Lagi pulak BF2 aku ni takkan nk bgtahu kat aku ni ye? Ex dia.

Yang jadi masalahnya di sini. KENAPA aku rasa sedih & marah?? Aku jelous ke? Patutnya aku ok je sebab aku kan ada BF1. Biar lah dia cari awek lain kan?

Tadi masa aku cakap dgn dia kat hp. Dia kata cara aku ckp dgn dia lain. Macam marah2. Hish lagi mau tanya.. memang la aku marah sebenarnya sedih. (selalu mcm ni, kalau aku sedih aku marah2. Kalau aku marah aku akan sedih) Tapi aku cakap kat dia tak de la kan. Mestilah control. Aku bg la alasan2 utk letak fon & kata nnt aku cal blk. Dah sejam lbh ni aku blum call dia lagi. Nak cool down sikit. Cuba nak ilangkan rasa apa entah dalam hati aku ni.

Aku dapat tahu tadi pun, puncanya hp no 2 dia tertinggal kat budak perempuan tu. Hah kantoi.. Dan terjadilah beberapa insiden2 yg tdk diingini. Tulah Tuhan nak tunjuk agaknya. Bila aku tahu sendiri parah la jadinya. Byk la markah kena potong. Mungkin itu yang terbaik untuk aku dan dia.

Wallahualam.

i am sorry...

Hari ni aku cuba nyanyi lagu untuk esok.. Rakam suara sendiri. So boleh aku dengar balik... kelakar, cam suara budak2.

Tadi aku reka lagu utk bf1 aku. Rakam & mms kat dia. Sebab dia merajuk. Ada la kes petang tadi... Dia tak suka betul kalau aku sms "sorry". Dia suka lagu more than words. Jadi...kali ni aku nyayi & send kat dia.

Saying I am sorry..
Is not the words u want to hear from me
It's not that u want me
not to say but if i only knew
How easy
It would be to show u how i feel
More than words
It's all i have to do to make it real
Than i wouldn't have to say
That I am sorry
Cause' u already know

What would i do
If your heart was torn in two
More than words to show i feel
that my sorry is for real
what would i say
If u took those words away
than i couldn't make things new
Just by saying I'm sorry...


:) success!!!

Wednesday, April 15, 2009

Jamming

Ari tu aku + abg2 aku gi studio jamming. First time.. After all these years! Sebabnya nak buat persembahan famili. Abg2 aku masa dulu2 ada la gi jamming. Diorg tahu la main gitar dan drum. Dulu2 lah. Skrg semua dah ada anak lama dah tak main. Aku? Aku dijemput khas untuk mengsumbangkan lagu la.. Ha ha... Percubaan pertama kurang sukses. Sebab tak ada persediaan, mic dia pun rosak. Apalah punya studio.

Hujung minggu ni percubaan kami kali kedua. Di studio yang lebih bertamadun la harapnya.... Abg aku dah booking dah. Sebab tak mau jadi macam hari tu. Booking dah.. tapi mamat yang patutnya bukak kan pintu tak muncul2. Tak nak meniaga agaknya. Hampeh! Jadi hari sabtu ni kami booking di daerah lain pulak. Kita tengok macam mana nanti....

Thursday, March 26, 2009

My horoscope for Thursday, March 26th:

Leo,
You'll be very dissatisfied and you'll want to argue about everything, but you'll have to pay attention to sudden decisions. At work, the Stars advise you to be prudent and shrewd. In Love, you'll refuse your partner's advice.


shy says "heeeee... kena pulak ari ni"

Friday, March 20, 2009

Friday, March 20th: LEO biorhythm

Today your intellectual level is 72%: others will lean on you, you will have charisma. Your physical level is 90%: you will face your duties brilliantly.
Your emotional level is 27%: today it is advisable to postpone every discussion, even with friends!


P/s... BF2 dah angkat my call.. Come sing with me... "we are young! we are friends!"

Monday, March 9, 2009

Sunday, March 8, 2009

swan



Hari ni.... baru la aku dapat guna kamera aku beli dulu sepuas2nyer...

Photo taken this morning..

Thursday, February 5, 2009

NO title

Leo,
You will be able to express with great clarity and honesty the reason why you are so determined towards your loved ones and your family. At work, you will have to try harder and show your capabilities. In Love, what is coming to an end could mean an opportunity to rebuild your life.


AKU TAK LER PERCAYA SGT PD HOROSCOPE NI...LATELY AKU MALAS NAK BACA BILA MASUK EMAIL. TAPI ARI NI RASA BERDEBAR JER DARI PAGI. TERGERAK LER AKU BACA TODAY'S HOROSCOPE....
TAK SUKA AYAT YANG LAST TU!!!! :'(

SEBAB BF2 AKU DAH SELALU OFF HP.. TAK NAK ANGKAT MY CALL...! :(
I like the part "rebuild your life" BUT i HATE the part "coming to an end"

Well.... Life's like THAT...

Thursday, January 29, 2009

aku syok sendiri

:) aku suka la post kat sini... ikut suka aku je nak tulis apa pun... tak de saper marah. tak der saper kesah. tak der saper bacer... ha ha ha
Tapi aku syok tulis kat sini...
Macam diari aku la ni...
Yang paling best... aku suka org tak kenal aku kat sini.
Jadi aku boleh tulis apa jer yang aku suka.. tu yang aku syok sendiri ni..
:)

Wednesday, January 28, 2009

aku . menangis. lagi.

:'(

Lahir bulan2 selain Julai..

Yelah...yelah.. ni bulan2 yg lain...
Ni menurut kajian..Dr Fadzilah Kamsah...


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran bersosial
Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar.
Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan. Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL(BF1 aku lahir bulan ni....banyak yg tak mcm dia pun..tapi ada la sikit..)

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Keras hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI (BF2 aku lahir bulan ni... sama r dgn aku, tapi kajian ni.. utk aku kena jer tapi utk dia byk x kena.. dia susah nak gemuk!)


AUGUST

Suka berlawak. Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik


SHY SAYS... ni agaknya yg jawab questionaire ni..kebanyakannya perempuan kot..

Aku Lahir Bulan Julai..

Jumpa ni @ someone's blog... tq yer
-----------------
JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.
--------------
SHY SAYS "haaaaa betul betul betul!" he he.. yg ada kat atas ni baru sikit jer.. ada baaanyak lagi! Suka marah org... suka menangis... mengada2... dan.. Ikut suka aku la.

Believe whatever you want..

Monday, January 19, 2009

Gout - punca

Ari tu aku gi urut kaki... tukang urut tu cakap.. aku ada potensi utk kena gout.. So aku pun cari ler info tentang punca gout... Then aku jumpa ler blog ni...


http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75/GOUT_punca_dan_insya-Allah_anda_boleh_puleh_TIPs


Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.
Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA


Hmmm tak mungkin aku boleh ikut semua ni. Tapi skrg aku tahu dan aku cuba mana yg boleh... (Kurangkan... kalau aku mkn pun.. aku pastikan minum air berliter2) :)