Thursday, October 16, 2008

Hon keta aku power

Satu hari aku nak balik rumah.. Biasalah jalan jem. Sampai kat trafic light nak masuk kanan ke kawasan perumahan aku, ada lah satu keta yang nak potong que. Dia terpaksa lah buat macam tu, sebab dia keluar dari simpang sebelah kiri aku. Kalau dia tak buat macam tu, tak balik rumah lah dia. Sebab que panjang. Okaylah,dia nak cepat aku pun nak cepat gak. Seperti biasa, keta dia lagi kecik dari keta aku lah kan. Dia masuk depan aku, memang aku bagi can dia masuk, tapi aku ni nakal sikit. Aku ke depan kan keta aku dekat2 dgn keta dia. Yelah lama dah aku beratur ni... Pas tu bila trafic lite dah hijau, dia lambat pulak jalan. Aku hon la. Pastu dia laagi slow. Tak tahu la apa motif dia buat mcm tu. Belakang keta aku, lori besar.. Lori tu pun hon. Aduh..dah lah trafic lite tu sekejap je hijau. Agaknya dia tensen kena hon. Dia turun dari keta datang kat aku! He he.. emosional gak org lelaki ni. Agaknya tak puas hati sbb budak kecik mcm aku ni buli dia. Aku pun turunkan cermin tingkap, dia sampai jer aku terus marah dia... "orang lain pun nak cepat jugak! Dah bagi masuk tu jalan lah cepat!" Masa dia datang kat aku tu, muka dia macam nak marah aku. Tapi belum sempat dia marah, aku marah dia dulu. Pastu dia minta maaf pulak, "sory2.. saya kuar dari simpang tu, terpaksa masuk tadi." Hihi.. mula2 dia plan nak marah aku la tu, tapi bila aku marah dulu..dia tak jadi. Samada dia takut dgn aku... Ataupun dia takut dgn lori kat blkg aku tu. Kelakar lah pulak..

Moral of the story: Orang berbudi kita berbahasa....
Bila dah potong jalan org, jalan lah CEPAT!

No comments: